|
Jumaat,21 Mei 2010
BANDAR
SERI JEMPOL: Pada
10 hb. Mei 2010(Isnin) jam 2.30 petang bersamaan 25 Jamadil Awal
1431 Hijrah telah berlangsung perjumpaan Jurutera Daerah, Ir.
Waznah bt. Abdul Aziz bersama kakitangan JKR Daerah Jempol di
Perkarangan Stor JKR Jempol.
Majlis dimulakan
dengan kata-kata aluan oleh pengacara majlis iaitu En. Mohd
Yusof bin Mohd Yatim dan bagi memberkati majlis, bacaan doa
telah disampaikan oleh En Ramli bin Ismail. Hadir sama Jurutera
Jalan, Cik Mahira bt. Othman dan Jurutera Korporat, Cik Nur
Nazihah bt. Zainal Abidin.
Jurutera Daerah
mengucapkan salam sejahtera dan selamat petang kepada yang hadir.
Beliau menyampaikan beberapa amanat dari Pengarah JKR Negeri
Sembilan Darul Khusus, Dato' Ir. Dr. Roslan bin Mohd Taha untuk
makluman dan tindakan bersama. Beberapa kakitangan baru mula
bertugas dari awal tahun 2010 telah diperkenalkan iaitu Jurutera
Jalan Cik Mahira bt. Othman, Jurutera Bangunan Puan NurFadilah
bt. Awang dan pemandu En. Razali bin Mohd Ros.
Jurutera Daerah
juga merakamkan berbanyak terima kasih kepada yang telah
menjayakan program Anugerah Pengurusan JKR Daerah Terbaik 2010
sehingga berjaya melayakkan pejabat ini memasuki keperingkat
kedua. Ini adalah kejayaan bersama yang diharap dapat terus
dikekalkan dan diperbaiki kearah yang lebih baik.
Diakhir perjumpaan
Jurutera Daerah mengucapkan selamat hari lahir kepada kakitangan
yang lahir dari bulan Januari 2010 sehingga Jun 2010 serta
menyampaikan kad ucapan yang diraikan. Acara memotong kek
mengakhiri perjumpaan Jurutera Daerah bersama kakitangan JKR
Jempol.
...oleh Hj.
Kamarudin bin Zakaria
|