|
Sabtu,1 Mei 2010
FELCRA
ROMPIN
: Pada 28hb. April 2010(Rabu) telah berlangsungnya Majlis
Penyerahan Projek Membina Baru Masjid di Kampung Felcra Rompin
'B' kepada pihak pelanggan iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sembilan Darul Khusus (JHEAINS).
Majlis penyerahan
tersebut bermula pada jam 10.00 pagi di Masjid Baru Felcra
Rompin 'B'. Majlis yang dipengerusikan oleh Penolong Jurutera
Bangunan JKR Daerah Jempol, Puan Aina Hartini Laboh. Majlis ini
telah dihadiri oleh
En. Mohd
Yusri Bin Badaruddin, En. Zamri
Bin Sinin
dan En. Ghirul Ummi Bin Azwir selaku wakil
Ketua Penolong
Pengarah Khidmat Pengurusan JHEAINS; wakil-wakil Pejabat Agama
Islam Jempol; Jurutera Daerah Jempol; Nazir Masjid Felcra, Ahli
Jawatankuasa Masjid dan Kampung Felcra, pihak kontraktor yang
terlibat iaitu Azman Bin Abd Samad serta wakil dari JKR(Elektrik),
wakil dari JKR(Mekanikal), kakitangan JKR Daerah Jempol dan
Bahagian Bangunan JKR NS yang terlibat.
Majlis dimulai
dengan bacaan doa dan ucapan dari Pegawai Khidmat Pengurusan
JHEAINS yang menyatakan rasa bangga dan bersyukur dengan
penyerahan projek tersebut dalam tempoh yang ditetapkan seperti
dalam kontrak. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan dari
Jurutera Daerah JKR Jempol. Di dalam ucapannya, beliau
mengucapkan rasa bersyukur dan terima kasih kepada agensi
pelanggan kerana memberikan kepercayaan kepada pihak JKR untuk
melaksanakan projek tersebut. Selepas itu, proses menandatangani
dokumen penyerahan yang dilakukan bersama-sama oleh pihak JKR
dan agensi pelanggan dibuat tanda penerimaan ke atas penyerahan
tersebut.
Majlis berakhir
sekitar jam 12.30 tengahari.
...oleh Nur Nazihah
|