|
Jumaat,12 Mac 2010
BANDAR
SERI JEMPOL
: Pada 11hb. Mac 2010(Khamis) bersamaan dengan 25 Rabiulawal
1431H yang lalu telah berlangsungnya Majlis
Penyerahan Projek Jalan Serting Ulu-Air Hitam (N21) kepada pihak
pelanggan iaitu Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah N.
Sembilan & Melaka(KKLW) diwakili oleh Pengarah KKLW N. Sembilan
& Melaka.
Majlis tersebut
bermula pada pukul 11.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat
Pejabat JKR Jempol. Majlis dipengerusikan oleh Penolong Jurutera
Jalan JKR Daerah Jempol, Cik Shazarina binti Hashim dihadiri
oleh Pengarah KKLW N. Sembilan & Melaka, En. Adnan bin Ahmad,
Ketua Penolong Pengarah Jalan, En. Shamsulakmar bin Abdul Munir,
Jurutera Daerah Jempol, Ir. Waznah binti Abdul Aziz, pihak
kontraktor yang terlibat iaitu UNIBINA Contract & Landscape Sdn
Bhd, OMK Consultant Sdn Bhd, Penolong-penolong Pengarah Jalan,
kakitangan KKLW N.Sembilan & Melaka dan kakitangan JKR Daerah
Jempol.
Majlis dimulakan
dengan ucapan dari Jurutera Daerah JKR Jempol. Beliau
mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kerana memberi
kepercayaan kepada pihak JKR untuk melaksanakan projek tersebut.
Dan disusuli dengan ucapan dari Pengarah KKLW N. Sembilan &
Melaka. diikuti dengan ucapan Ketua Penolong Pengarah Jalan menyatakan rasa bangga dan bersyukur dengan
penyerahan projek tersebut dalam waktu yang ditetapkan seperti
dalam kontrak walaupun terdapat pelbagai masalah yang timbul
semasa pembinaan tetapi pihak kontraktor dapat menyiapkan dengan
sempurna dan mengikut spesifikasi. Selepas itu, proses menandatangani dokumen penyerahan yang dilakukan
bersama-sama oleh pihak JKR dan pihak agensi pelanggan dibuat
sebagai tanda penerimaan ke atas penyerahan tersebut diadakan.
Lawatan ke tapak
projek diadakan untuk melihat dengan lebih jelas projek yang
telah disiapkan. Semasa lawatan diadakan Jurutera Daerah Jempol
telah memberi penjelasan dan penerangan kepada Pengarah KKLW
N.Sembilan & Melaka berkenaan dengan tapak yang telah dilawati.
...oleh Webmaster
|